BERITA SEMASA

PM Singapura puji kepimpinan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN

Singapura terus bekerjasama dengan Malaysia bagi memperkukuh integrasi ASEAN

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong, memuji kepimpinan Malaysia di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Kenyataan itu dibuat selepas kedua-dua pemimpin bertemu di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur semalam.

“Saya mengucapkan tahniah kepada beliau atas penganjuran sidang kemuncak yang berjaya. Malaysia telah menjadi pengerusi ASEAN yang bersemangat dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.

Tambah Lawrence, beliau turut mengambil peluang untuk membincangkan pelbagai isu dua hala serta usaha memperkukuh integrasi serantau ASEAN.

Beliau turut menyatakan keterujaannya untuk menyambut Anwar ke Singapura hujung minggu ini sempena Dialog Shangri-La, di mana Anwar dijadual menyampaikan Ucapan Khas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button