POLITIK

PRN Negeri Sembilan: PN, BN bakal tampil manifesto bersama

SEREMBAN – Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) akan menampilkan satu manifesto bersama bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya sudah menubuhkan satu jawatankuasa kerja bagi memuktamadkan cadangan serta input bagi penyediaan manifesto bersama berkenaan.

“Jawatankuasa Induk Jentera Pilihan Raya PN bersetuju membentuk jawatankuasa kerja khusus bagi memuktamadkan syor dan input berkaitan manifesto terbabit.

“Oleh kerana kali ini kita membentuk persefahaman dengan BN, maka input manifesto PN akan diadunkan atau disekalikan dengan manifesto PN-BN.

“Memandangkan proses ini agak kompleks kerana membabitkan parti komponen dan jumlah calon yang ramai, kita menubuhkan jawatankuasa kerja terlebih dahulu untuk mengemukakan syor.

“Syor itu kemudiannya akan dirujuk kepada BN sebagai input bersama,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk PN di Kompleks PAS (KOMPAS), di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Naib Presiden Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Annuar berkata, setiap calon PN akan menampilkan ikrar atau komitmen calon yang bersifat setempat.

“Ia manifesto tetapi bersifat setempat bagi calon-calon berkenaan. Sekiranya mereka dipilih, apakah yang akan mereka tawarkan kepada para pengundi di situ. Jadi kita ada dua (jenis manifesto),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button