RoS batalkan pendaftaran Perikatan Nasional
PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) selepas penjelasan dan representasi yang dikemukakan gabungan itu gagal menyangkal asas pembatalan yang dinyatakan dalam notis terdahulu.
RoS memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas Pendaftar Pertubuhan meneliti keseluruhan dokumen dan penjelasan yang dikemukakan PN susulan notis bertarikh 22 September lalu.
Menurut jabatan itu, pihaknya menerima maklum balas daripada PN pada 12 Oktober sebelum meneliti alasan yang diberikan gabungan berkenaan.
Bagaimanapun, RoS mendapati penjelasan tersebut tidak dapat menyangkal asas pembatalan pendaftaran PN seperti yang dinyatakan dalam notis berkenaan.
“Alasan yang diberikan tidak dapat menyangkal asas-asas pembatalan pendaftaran sebagaimana yang dinyatakan dalam notis tersebut serta tidak memberikan justifikasi yang kukuh untuk mengekalkan pendaftaran pertubuhan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







