HIBURAN

Ruhainies ambil tindakan undang-undang, mahu keadilan ditegakkan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ruhainies menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu yang sedang dihadapinya apabila memilih untuk mengambil tindakan melalui saluran undang-undang terhadap pihak yang dipercayai terlibat.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata, dia memandang serius perkara berkenaan dan akan memastikan tindakan sewajarnya diambil sehingga isu itu diselesaikan.

Menerusi satu perkongsian, pelakon itu memaklumkan langkah perundangan telah pun dimulakan sebagai usaha menangani perkara tersebut.

“Saya telah pun mengambil tindakan tegas melalui saluran undang-undang.

“Kali ini, saya akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang terlibat dan memastikan perkara ini ditangani dengan serius sehingga ke akhirnya,” katanya, semalam.

Menurutnya, dia akan terus berpegang pada pendirian dan tidak akan berundur sehingga keadilan ditegakkan.

Ruhainies turut menegaskan kesediaannya mengambil segala langkah yang diperlukan bagi memastikan pihak berkaitan bertanggungjawab atas perkara yang berlaku.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak mendedahkan secara terperinci isu yang mencetuskan tindakannya itu, termasuk identiti pihak yang dimaksudkan dalam kenyataan berkenaan.

Perkongsian tersebut turut mencetuskan persoalan mengenai perkara yang sedang dihadapinya, namun setakat ini tiada penjelasan lanjut diberikan oleh Ruhainies.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button