JENAYAH & MAHKAMAH

Pelakon wanita, suami ditahan semula bantu siasatan kes pelaburan jual lembu

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon wanita bersama suaminya ditahan semula bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan membabitkan penjualan lembu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Menurutnya, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan berhubung skim pelaburan berkaitan jualan lembu yang dipercayai melibatkan unsur penipuan.

“Untuk makluman, pelakon wanita dan suaminya telah ditangkap oleh BSJK IPD Dang Wangi berkaitan pelaburan dalam penjualan lembu.

“Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, media melaporkan pasangan terbabit sebelum ini turut disiasat dalam beberapa kes penipuan lain termasuk urusan penjualan tanah kurnia serta penipuan darjah kebesaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM23,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Datuk Azahar Abdul Rahim memaklumkan pihaknya menerima laporan berkaitan kes penipuan tersebut pada 18 Disember tahun lalu.

Beliau berkata, laporan dibuat oleh seorang ahli perniagaan lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa menjadi mangsa penipuan dalam urusan penjualan lot tanah kurnia di Selangor sehingga mengalami kerugian mencecah RM1.5 juta.

Sebelum ini, pelakon wanita terbabit dilaporkan ditahan di sebuah madrasah tahfiz di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Rabu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang usahawan produk kecantikan turut mendakwa menjadi mangsa penipuan pasangan berkenaan yang mengakibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button