Vijay dijangka angkat sumpah Ketua Menteri Tamil Nadu, esok
CHENNAI – Pelakon, Vijay atau nama sebenanrnya Joseph Vijay Chandrasekhar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu esok susulan kemenangan besar parti pimpinannya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
Laporan agensi berita Asian News International (ANI) menyebut, upacara angkat sumpah itu dijangka berlangsung di Stadium Tertutup Jawaharlal Nehru di Chennai, sementara Vijay dijadualkan menghadap Gabenor Tamil Nadu, hari ini bagi mengemukakan tuntutan rasmi membentuk kerajaan.
Perkembangan itu hadir selepas gabenor menerima peletakan jawatan penyandang, M. K. Stalin, susulan keputusan pilihan raya, namun beliau diminta terus menjalankan tugas sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Terdahulu, Parti TVK muncul sebagai parti tunggal terbesar apabila meraih 108 daripada 234 kerusi Dewan Undangan Negeri, hanya kekurangan 10 kerusi untuk mencapai majoriti mudah 118 kerusi.
Bagi melengkapkan majoriti, TVK kini dilaporkan giat mengadakan rundingan dengan beberapa parti kecil termasuk Indian National Congress serta parti-parti berhaluan kiri.
Sokongan tambahan itu dilihat penting bagi memastikan kestabilan pentadbiran baharu yang bakal dibentuk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







