Pelakon lelaki ditahan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis
KUALA LUMPUR – Pelakon lelaki terkenal yang sebelum ini ditahan polis selepas didapati positif dadah hasil ujian saringan air kencing dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan suspek dilepaskan selepas selesai tempoh tahanan reman.
“Suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (semalam),” katanya memetik laporan Harian Metro.
Terdahulu, suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an direman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas ujian saringan air kencing mendapati kehadiran dadah dalam tubuhnya.
Penahanan pelakon terbabit dilaporkan media semalam selepas polis mengesahkan keputusan ujian saringan berkenaan adalah positif.
Difahamkan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya mendapati dia bersalah menggunakan dadah jenis tetrahidrokanabinol (THC).
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan kemudiannya membenarkan pelakon itu menggantikan hukuman penjara dengan denda sebanyak RM5,000.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








