BERITA SEMASA

Peniaga kosmetik didakwa edar dadah lebih 1 kilogram

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat lebih satu kilogram, bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Abdul Rahman didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram di sebuah kedai di tingkat niaga Paya Keladi, di sini, pada pukul 8.40 malam, 28 April lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, serta tidak kurang 15 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus mengendalikan pendakwaan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sebelum ini, tangkapan terhadap peniaga tersebut turut membawa kepada rampasan dadah seberat kira-kira 1.02 kilogram dan pelbagai aset bernilai lebih RM1 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button