12 pelancong keagamaan cedera dalam nahas van di India
CHENNAI – Seramai 12 pelancong dari Malaysia dilaporkan cedera parah selepas van yang dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung berhampiran Vellaiparai di Kodaikanal, Tamil Nadu, pada Ahad lalu.
Mangsa yang sedang dalam perjalanan dari kuil Palani menuju ke Kodaikanal itu dikatakan menaiki sebuah van dipandu lelaki tempatan bernama Vigneshwaran.
Menurut laporan akhbar Daily Thanthi, kemalangan berlaku sekitar jam 4 petang apabila pemandu hilang kawalan ketika melalui jalan berbukit di laluan Peruthupparai.
Van tersebut kemudian merempuh penghadang besi sebelum terhumban hampir 30.4 meter ke dalam gaung.
Bagaimanapun, kenderaan itu tersangkut pada sebatang pokok, sekali gus menghalang ia daripada terjatuh lebih jauh ke dasar gaung.
Saksi di lokasi memaklumkan para penumpang menjerit meminta pertolongan ketika van terbabas dan terjunam.

Penduduk tempatan segera turun membantu mengeluarkan mangsa daripada kenderaan yang remuk itu.
Kesemua 12 pelancong Malaysia yang cedera parah kemudian dihantar ke Hospital Kerajaan Kodaikanal bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Difahamkan, kumpulan pelancong berkenaan diketuai seorang lelaki bernama Bhaskaran dan baru tiba di Tamil Nadu beberapa hari lalu untuk melawat beberapa lokasi pelancongan serta keagamaan, termasuk kuil Palani Murugan yang mereka kunjungi pada pagi kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








