BERITA SEMASA

Isu pembinaan kuil di Taman Dato Harun selesai

PETALING JAYA – Isu pembinaan sebuah kuil di Taman Dato Harun, di sini menemui titik noktah apabila pihak yang berkenaan sudah menghentikan pembinaannya.

Ahli Dewan Negeri Taman Medan, Dr Afif Bahardin berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa tapak baharu bagi pembinaan tersebut sudah dikenal pasti.

“Alhamdulillah, isu pembinaan kuil baru di Taman Dato’ Harun telah ada penyelesaian.

“Saya dimaklumkan pembinaan dihentikan dan tapak baru telah dikenalpasti,” katanya dalam hantaran di Facebook, semalam.

Dalam hantaran sama, beliau turut memberitahu, tapak di Lot 76417 tersebut akan dijadikan kawasan rekreasi untuk kegunaan semua.

Pada 10 Februari lepas, beliau bersama penduduk taman berkenaan mengadakan himpunan aman bagi membantah pembinaan kuil di atas tanah seluas 10,936.12 kaki persegi tersebut dan mendakwa kelulusan pembinaannya dibuat tanpa sebarang rundingan mahupun sesi libat urus dengan pihak berkepentingan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button