Isu lencongan kuil dan jalan di Meru dalam perhatian MBDK
KLANG – Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) mengesahkan isu lencongan kuil dan jalan di Jalan Meru telah ditangani dengan tindakan lanjut sedang diambil bersama agensi berkaitan.
MBDK memaklumkan semakan yang dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan mendapati kedudukan sebuah kuil di kawasan berkenaan memang melencong daripada laluan asal.
“Perkara ini telah dirujuk kepada Pejabat Tanah Daerah Klang untuk tindakan lanjut serta Jabatan Kerja Raya (JKR) memandangkan laluan tersebut adalah di bawah seliaan agensi berkenaan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.
MBDK turut memaklumkan, isu berkenaan juga telah dirujuk kepada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) kerana melibatkan aspek keselamatan pengguna jalan raya.
Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran di Facebook oleh seorang pengguna bernama Tamim Dahri yang mempersoalkan kedudukan binaan tersebut serta mendakwa wujud isu pampasan tanah dan penguatkuasaan undang-undang.
Antara persoalan yang dibangkitkan termasuk keengganan pihak tertentu berpindah selepas menerima pampasan, serta wujudnya binaan baharu di atas tanah yang didakwa telah diberi pampasan.
MBDK menegaskan pihaknya komited menangani isu itu secara berhemah dengan kerjasama semua pihak berwajib demi memastikan keselamatan dan kepentingan awam terjamin.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















