Pelakon Teach You a Lesson cedera dilanggar kereta
SEOUL – Pelakon drama Teach You a Lesson, P.O, dilaporkan sedang menjalani pemulihan akibat dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Pulau Jeju, Korea Selatan.
Menurut laporan Chosunbiz yang memetik kenyataan Balai Polis Jeju Barat, penghibur berusia 32 tahun yang nama sebenarnya Pyo Ji-hoon itu dilanggar sebuah kenderaan yang sedang bergerak kira-kira pukul 9.56 malam, 19 Julai lalu ketika melintas jalan di Geumneung-ri, Hallim-eup, Bandar Jeju.
Akibat kemalangan berkenaan, P.O dipercayai mengalami luka melecet pada bahagian lutut dan siku serta mengadu sakit di seluruh badan akibat impak pelanggaran.
Beliau kemudian dibawa ke sebuah pusat perubatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan mendapati kecederaannya tidak serius.
Polis berkata, pemandu kenderaan itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan siasatan awal juga tidak menemukan sebarang petunjuk berlakunya pelanggaran isyarat lalu lintas.
Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan tersebut.
Insiden itu hanya mendapat perhatian meluas beberapa hari kemudian selepas dilaporkan media tempatan.
P.O memulakan kerjaya bersama Block B pada 2011 sebelum mencipta nama sebagai pelakon dan personaliti televisyen.
Terbaharu, beliau membintangi siri Netflix Teach You a Lesson sebagai Bong Geun-dae, seorang timbalan pengarah berbakat di Pejabat Hak Guru.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















