Seniwati legenda Noor Azizah meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Seniwati legenda, Datin Noor Azizah, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Sungai Paloh, Ipoh, Perak, kira-kira jam 3 pagi tadi.
Berita pemergian bintang filem Enam Jahanam itu dimaklumkan oleh pelakon veteran, Datuk Tommei Tumiran selepas dimaklumkan oleh rakan baik arwah, Sanifah Abdul Rahman.
“Sanifah memaklumkan mendapat berita daripada anak arwah kira-kira jam 6 pagi memberitahu arwah Noor Azizah meninggal dunia.
“Sanifah yang berada di Taiping memang merancang melawat arwah, hari ini.
“Difahamkan, arwah yang menetap di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pulang ke Ipoh, Perak, semalam kerana ingin berkumpul bersama adik-beradik berikutan salah seorang adiknya baru pulang dari Australia,” katanya memetik laporan BH Online.
Bagaimanapun, Allahyarham Noor Azizah dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Difahamkan, ibu kepada dua cahaya mata itu menghidap penyakit buah pinggang dan kini menjalani rawatan dialisis.
Jenazah Allahyarham Noor Azizah dijangka akan dikebumikan selepas Zuhur di Ipoh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








