GAYA HIDUPRENCANA

Harley-Davidson perkenal jentera Cruiser 2025 di Art of Speed

SERDANG – Bersempena ekspo permotoran Art of Speed 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, hujung minggu lalu, Harley-Davidson Malaysia melancarkan enam model terbaharunya.

Enam jentera yang dipertingkatkan dengan enjin serba baharu, Milwaukee-Eight itu kini boleh didapati pada harga permulaan RM119,900 bagi model Street Bob, Heritage Classic (RM143,900), Breakout (RM146,900), Fat Boy (RM149,900), Low Rider S (RM134,900) dan Low Rider ST (RM150,900).

Setiap model mempamerkan karakter berbeza menerusi padanan enjin V-Twin 1,917cc yang terdiri daripada tiga jenis talaan iaitu Classic, Custom dan High Output.

Street Bob dan Heritage Classic menggunakan enjin Classic yang menumpukan kepada tork pada kelajuan rendah, manakala Breakout dan Fat Boy menggunakan enjin Custom untuk prestasi yang lebih agresif.

Kuasa tujahan Street Bob dan Heritage Classic mampu menjana 91 hp dan 156 Nm tork, manakala Breakout dan Fat Boy menghasilkan 103 hp dan 168 Nm.

Manakala model paling berkuasa dalam barisan ini ialah Low Rider S dan ST dengan 114 hp dan tork setinggi 173 Nm.

Jentera serba baharu yang dibina daripada rangka Softail Harley-Davidson yang lengkap dengan sistem suspensi belakang monoshock tersembunyi. – Fat Boy
Harley Davidson kini menawarkan harga permulaan bagi model Cruiser 2025 pada harga RM119,900. 

Kesemua model menggunakan rangka Softail tersohor Harley-Davidson yang lengkap dengan sistem suspensi belakang monoshock tersembunyi.

Ciri baharu turut diperkenalkan seperti mod tunggangan Road, Rain dan Sport, kawalan cengkaman, sistem brek ABS dua saluran serta cruise control sebagai kelengkapan standard.

Penunggang juga akan menikmati sistem pencahayaan LED sepenuhnya, pengecas USB-C dan tuil brek boleh laras untuk keselesaan ergonomik.

Selain itu, sistem air intake dan ekzos turut diperbaharui mengikut kesesuaian talaan enjin, dengan penggunaan bahan binaan lebih ringan. Semua model kecuali Fat Boy dan Breakout menggunakan sistem ekzos baharu jenis 2 ke dalam 1.

Kemunculan barisan Harley-Davidson 2025 ini bukan sahaja mengukuhkan warisan cruiser ikonik Amerika di Malaysia malah menandakan komitmen jenama itu dalam menawarkan teknologi moden tanpa mengorbankan gaya klasik yang menjadi identiti Harley Davidson.

Majlis pelancaran enam model terbaharu Cruiser 2025 Harley Davidson di Art of Speed, MAEPS, Serdang, Sabtu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button