Royal Enfield lancar Bear 650 & Classic 650 sempena Malaysia Autoshow 2025
KUALA LUMPUR – Sempena pembukaan pameran automotif terbesar negara (Malaysia Autoshow 2025), Royal Enfield Malaysia mengakhiri penantian peminat dengan memperkenalkan dua jentera terbaharu mereka, Bear 650 dan Classic 650.
Pelancaran dua model itu ternyata mencuri tumpuan dan menambah pilihan citarasa peminat selepas penampilan model Guerrilla 450 pada 18 Mac lalu.
Royal Enfield Interceptor Bear 650 merupakan manifestasi keanggunan klasik yang dipadukan dengan semangat moden. Ia juga bukan sekadar jentera tetapi satu persembahan gaya hidup berinspirasikan warisan jenama penuh legenda.
Model ini menampilkan gabungan gaya retro dan teknologi moden yang menjadikannya pilihan menarik untuk mereka yang menginginkan penampilan gaya berbeza tanpa disriminasi prestasi.
Jika anda seorang penunggang yang sukakan cabaran offroad namun masih mahu kekal relevan di celah-celah kesibukan kota, Bear 650 adalah pilihan yang mampu membuatkan anda tersenyum.

Direka berinspirasikan scrambler retro dengan aura era 60-an, Bear 650 dikuasakan enjin berkembar penun responsif 650 yang menghasilkan 47bhp dan 56.5 Nm, kuasa yang sama dari model terdahulu, Interceptor 650.
Bear 650 dilengkapi sistem ekzos ‘2 dalam 1’ yang bukan sahaja membekalkan kuasa tetapi menyerlahkan DNA agresif scramblernya. Dengan suspensi Showa berkelegaan lebih tinggi (184mm), jentera ini pastinya berkeupayaan di pelbagai permukaan.
Berbeza dengan Interceptor 650 (analog), Bear 650 memperbaharui maklumat tunggangan dengan meter TFT dengan sistem navigasi terbina dalam yang pasti memberikan lebih kebebasan kepada penunggang.
Bear 650 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Wild Honey, Golden Shadow, Petrol Green pada harga RM35,700 manakal edisi khas Bear 650 “Two Four Nine” (RM36,000).
Model ini juga memberi penghormatan kepada pelumba legenda Eddie Mulder yang menakluk Big Bear Run pada usia 16 tahun – satu simbol semangat tanpa kompromi yang cuba dihidupkan kembali oleh Royal Enfield.
SPESIFIKASI BEAR 650
Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 648cc SOHC dengan kuasa 46.7hp @ 7,150rpm dan tork 56.5Nm pada 5,150rpm.
Transmisi manual 6-kelajuan.
Frem daripada keluli, jenis double cradle.
Fork terbalik (USD) 43mm dengan padanan set absober berkembar di belakang.
Dimensi panjang 2,216mm, lebar 855mm, tinggi 1,160mm.
Jarak roda 1,460mm dan jarak bumi 184mm. Berat 214kg.
Tangki minyak 13.7 liter.
Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran dan boleh dinyah aktif untuk roda belakang.
Brek cakera 320mm kaliper dwi-piston, cakera tunggal 270mm kaliper piston tunggal.
Rim jejari 19 inci dengan tayar 100/90 (depan), rim 17 inci tayar 140/80 (belakang).
Sistem pencahayaan LED penuh termasuk lampu signal belok.
Instrumen meter digital 4-inci dengan navigasi. Ada soket USB Type-C.

Classic 650 tampil gaya elegan penuh estetika vintaj
Sementara itu, Didi Group melalui Royal Enfield Malaysia turut melancarkan model Classic 650 dengan tiga pilihan warna iaitu Bruntingthorpe pada harga RM34,500; Vallam Red (RM34,500) dan Black Chrome (RM35,500).
Dikuasakan enjin 648cc selari-berkembar 4-lejang, Classic 650 menghasilkan kuasa maksimum 46.4 hp pada 7,250 rpm dan tork maksimum 52.3 Nm pada 5,650 rpm. Jentera bertransmisi enam kelajuan ini menawarkan kuasa linear tanpa gegaran berlebihan, satu peningkatan ketara berbanding model Classic 350.
Dilengkapi dengan fork teleskopik Showa, pengendalian motosikal ini dijnajikan lebih stabil terutamanya dalam kelajuan rendah dan selekoh sederhana. Sistem suspensi ini tentunya memberikan keselesaan lebih baik, terutama dalam menyerap hentakan jalan berlubang dan tidak rata.
Bagi yang mencari pengalaman menunggang dengan estetika vintaj dan penuh karakter, ini salah satu pilihan terbaik dalam kelasnya.
SPESIFIKASI CLASSIC 650
Enjin 4-lejang 2-silinder sebaris 647.95cc SOHC dengan sistem suntikan bahan api, berkuasa 46.4hp @ 7,250rpm dan tork 52.3Nm @ 5,650rpm.
Kotak gear manual 6-kelajuan.
Frem jenis keluli tubular spine.
Fork teleskopik 43mm (depan) dan penyerap hentak berkembar untuk belakang.
Dimensi panjang 2,318mm, lebar 892mm dan tinggi 1,137mm.
Jarak roda 1,475mm dan jarak bumi 154mm.
Ketinggian pelana 800mm dan berat kasar 243kg.
Kapasiti tangki minyak: 14.8 liter
Rim depan 19 inci tayar 100/90, belakang 18 inci tayar saiz 140/70.
Brek cakera tunggal 320mm (depan) dan cakera tunggal 300mm, kedua-dua menggunakan kaliper dwi-piston. Ada brek ABS dwi-saluran.
Sistem pencahayaan LED untuk lampu utama dan belakang.
Ada soket USB Type-C.


Pelancaran Bear 650 dan Classic 650 di Malaysia Autoshow 2025, MAEPS Serdang.
@malaysiatribune Royal Enfield Malaysia lancar Interceptor Bear 650 & Classic 650 #royalenfield350 #royalenfieldmalaysia #interceptorbear650 #classic650 #re #royalenfieldmalaysia
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















