JENAYAH & MAHKAMAH

Kecurian motosikal di Bandar Country Homes: Polis kesan dua suspek

GOMBAK – Dua lelaki diburu polis selepas dipercayai melarikan sebuah motosikal menggunakan kunci pendua dalam satu kejadian di Bandar Country Homes, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berhubung kecurian motosikal miliknya pada pukul 9.10 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5.32 pagi di kaki lima sebuah klinik dan kejadian itu turut tular di media sosial.

“Dua lelaki tempatan disyaki melarikan motosikal berkenaan dengan menggunakan kunci pendua dan mereka kini sedang giat dikesan bagi tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga menyatakan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Roszailah Mohamad Dros di talian 014-2989721 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button