BERITA SEMASADALAM NEGERI

Mariamah Tijo, juruhebah legenda RTM meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Juruhebah bersuara emas RTM, Mariamah Tijo, 76, meninggal dunia kira-kira pukul 5 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, (PPUM) di sini. 

Allahyarham sebelum itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) akibat batuk berpanjangan dan berada dalam pemantauan rapi, namun keadaan kesihatannya dilaporkan terus merosot.

Anak sulungnya, Hafiz Othman berkata, arwah menghembuskan nafas terakhir selepas dua hari menerima rawatan di hospital berkenaan, lapor BH Online hari ini.

Menurutnya, kesihatan Allahyarham telah merosot sejak empat tahun lalu akibat pelbagai penyakit termasuk kencing manis, darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar sehingga menyebabkan beliau terlantar sejak enam bulan lalu.

Allahyarham yang dianggap antara perintis dunia penyiaran radio Radio Televisyen Malaysia meninggalkan tujuh orang anak.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Darul Ehsan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zohor hari ini.

Sepanjang kerjayanya sejak 1972, Allahyarham dikenali sebagai antara suara emas RTM dan pernah mengendalikan pelbagai segmen termasuk Sebutlah Dengan Betul dan Nada Gurindam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button