Polis rakam keterangan pelakon dakwa jadi mangsa seks luar tabii
KUALA LUMPUR – Polis telah merakam keterangan seorang pelakon lelaki yang mendakwa menjadi mangsa seks luar tabii melibatkan seorang pengarah drama, berkait kejadian lama yang didakwa berlaku pada 2005.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 35 tahun itu tampil memberi keterangan semalam bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
“Siasatan masih dijalankan dan polis akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, media melaporkan polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan kejadian seks luar tabii yang didedahkan oleh seorang pelakon lelaki.
Pendedahan itu dibuat menerusi platform Threads, apabila pelakon berkenaan berkongsi pengalaman silamnya sebagai mangsa gangguan seksual sejak usia kanak-kanak.
Dalam pendedahan tersebut, dia mendakwa pernah diliwat oleh individu daripada kalangan ahli keluarga sendiri yang juga dikatakan mempunyai pengaruh dalam industri seni tempatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








