BERITA SEMASA

Hampir RM11 bilion STR, SARA disalur hingga September

KUALA LUMPUR – Hampir RM11 bilion menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disalurkan kepada penerima yang layak sehingga September lalu.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, sebanyak RM3.6 bilion disalurkan kepada penerima STR menerusi tiga fasa pembayaran setakat bulan berkenaan.

Menurut kementerian itu, kerajaan memperuntukkan RM15 bilion bagi pelaksanaan STR dan SARA pada 2026 bagi memastikan bantuan berkenaan terus memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan kumpulan rentan.

“Pada tahun ini, hampir sembilan juta rakyat layak menerima SARA secara bulanan, manakala STR disalurkan secara suku tahunan kepada isi rumah dan warga emas yang layak,” menurut MOF dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

MOF menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) mengenai keberkesanan peruntukan RM15 bilion bagi STR dan SARA berdasarkan perbelanjaan asas serta penyalurannya kepada golongan berpendapatan rendah.

Menurut kementerian itu, keberkesanan pelaksanaan kedua-dua bantuan berkenaan dinilai berdasarkan beberapa aspek, termasuk liputan penerima, penggunaan bantuan, ketepatan sasaran dan keupayaan memenuhi keperluan asas.

Bagi SARA bulanan, kadar penggunaan bantuan mencapai 99.7 peratus setakat September lalu, dengan nilai transaksi sebanyak RM5.2 bilion.

Sementara itu, bagi SARA Untuk Semua, lebih 20 juta rakyat telah menggunakan bantuan berkenaan, bersamaan 90 peratus daripada keseluruhan penerima, dengan nilai transaksi di pasaran tempatan hampir RM1.9 bilion.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button