BERITA SEMASAMALAYSIA MADANIPMX

Sabah terima peruntukan RM17.5 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada 2026

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM17.5 bilion peruntukan diberikan Kerajaan Persekutuan kepada Sabah bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri di Bawah Bayu itu terus diperkukuh.

MOF
Antara peruntukan yang diterima Sabah daripada Kerajaan Persekutuan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini mengulangi penegasan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bahawa peruntukan itu adalah komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan terhadap kemajuan di Sabah.

Menurut MOF, jumlah RM17.5 bilion itu meningkat berbanding RM17.3 bilion pada 2025, RM14 bilion (2024), RM13.9 bilion (2023) dan RM12.9 bilion (RM2022).

“Di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, projek-projek prasarana utama seperti Pan Borneo Sabah bernilai RM13.9 bilion disambung semula di samping peningkatan kemudahan asas termasuk Pusat Jantung Sabah di Hospital Queen Elizabeth II,” kata MOF melalui hantaran di media sosial.

Tambah MOF, Kerajaan MADANI juga memperkukuh bekalan asas dengan peruntukan RM1.2 bilion bagi menjamin kelangsungan elektrik dan RM765 juta untuk Projek Talian Penghantaran Southern Link.

MOF
Sebanyak 9 daripada 13 tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) diselesaikan semasa pentadbiran MADANI. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button