BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

Bantuan RM100 SARA melalui MyKad bermula Isnin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mula menyalurkan bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mulai Isnin ini.

Menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, semakan kelayakan boleh dibuat dengan melayari portal sara.gov.my.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM2.2 bilion disediakan bagi memanfaatkan semua warganegara tanpa perlu membuat sebarang permohonan dan bantuan itu akan dikreditkan secara automatik ke MyKad penerima.

“Tiada permohonan diperlukan dan ia akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing serta sah digunakan hingga 31 Disember 2026,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Baca juga : Kerajaan teliti penambahbaikan SARA

Amir Hamzah menjawab soalan Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (PH-Sekijang) mengenai jumlah peruntukan program SARA melalui sistem MyKasih yang dibelanjakan sepanjang 2025 dan nilai sebenar transaksi dijana dalam pasaran tempatan.

Sebagai rekod, program itu adalah sebahagian daripada inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bertujuan membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup melalui bantuan bersasar tanpa tunai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button