JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan empat individu termasuk juruterbang, pembantu

Susulan rampasan 521kg methamphetamine di Laos

PETALING JAYA – Seorang juruterbang yang juga pemilik syarikat mengendalikan pesawat dikaitkan dengan rampasan 521kg methamphetamine di Laos, merupakan antara empat individu yang ditahan di sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang, hari ini.

Mereka ditahan dalam satu operasi sebelum sebuah lagi pesawat dijadualkan berlepas dari Subang ke Manila, lapor BH Online.

Laporan itu yang memetik sumber berkata, anggota penguat kuasa bertindak ketika juruterbang, pembantu juruterbang dan dua kru wanita sedang membuat persiapan untuk penerbangan tersebut.

Syarikat milik juruterbang itu memiliki kedua-dua pesawat yang ditahan di Subang hari ini dan jet peribadi yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang di Laos pada 1 Okt membawa 521kg methamphetamine.

Seorang rakyat Malaysia adalah antara 13 individu yang ditahan di Laos selepas jet peribadi berkenaan, yang berlepas dari Subang, didapati membawa 21 beg pakaian yang mengandungi methamphetamine.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button