ATM bakal terima 526 kenderaan pertahanan sehingga 2028 – Khaled Nordin
KUALA LUMPUR – Sebanyak 526 kenderaan pertahanan akan dibekalkan secara berperingkat kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sehingga 2028 dengan sekurang-kurangnya 30 peratus kandungan tempatan selaras dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu mencerminkan usaha kerajaan memperkukuh keupayaan industri pertahanan tempatan selain meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam rantaian bekalan global.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke High Point Worldwide bagi meninjau pembangunan dan pemasangan pelbagai aset kenderaan darat untuk kegunaan Tentera Darat Malaysia.

Menurut beliau, syarikat tempatan perlu terus memanfaatkan peluang yang tersedia bagi meningkatkan keupayaan serta meneroka potensi untuk menyertai global supply chain.
“Kementerian mengalu-alukan usaha syarikat yang sedang membangunkan asas tempatan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Khaled berkata, usaha berkenaan penting dalam membina keupayaan berdaulat (sovereign capability) negara, sekali gus memperkukuh kedaulatan negara.
Beliau turut menggalakkan penyertaan veteran ATM dalam industri pertahanan yang kini merangkumi kira-kira 15 peratus tenaga kerja bagi membolehkan pengalaman dan kepakaran mereka terus dimanfaatkan dalam sektor berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








