LTAT umum kadar dividen kekal 5 peratus
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) hari ini mengumumkan kadar dividen sebanyak 5 peratus bagi tahun 2023 melibatkan jumlah pembayaran bernilai RM485.08 juta.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kadar dividen tersebut adalah sama seperti kadar tahun kewangan 2022.
Walaubagaiamanapun, jumlah pembayaran bagi tahun 2023 meningkat sebanyak RM8.63 juta iaitu RM485.08 juta berbanding RM476.45 juta yang dicatatkan pada tahun 2022.
“Dividen ini telah dapat ditentukan kadarnya berasaskan kepada keuntungan dan simpanan LTAT yang kukuh disebalik yang menyatakan bahawa keadaan itu tidak terdapat dalam LTAT,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pengumuman dividen LTAT 2023 di Kuala Lumpur hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled memberi jaminan LTAT akan terus memainkan peranan dalam memajukan ekonomi negara menerusi penyertaannya dalam pelbagai bidang.
“Kita akan pastikan LTAT akan terus bergerak dengan baik dan cemerlang sebagai satu tabung pencen untuk anggota tentera dan pada masa yang sama memajukan ekonomi negara,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








