10 juta rakyat bakal terima bantuan Program eMADANI RM100
PUTRAJAYA – Orang ramai berusia 21 tahun dari golongan B40 dan M40 boleh mula mendaftar Program eMADANI bermula Isnin ini untuk menerima kredit e-tunai sebanyak RM100.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan sekali sahaja (one-off) yang akan disalurkan kepada kira-kira 10 juta rakyat itu melibatkan peruntukkan sebanyak RM1 bilion.
Beliau berkata, program yang diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu itu adalah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dengan objektif serampang tiga mata untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana, menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.
“Menjelang hujung tahun dan musim cuti persekolahan, kerajaan berharap sumbangan eMADANI dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan rakyat di samping memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.
“Pelaksanaan program eMADANI yang bermula Isnin ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutama langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu.
Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan.
Kementerian Kewangan memaklumkan, syarat- syarat kelayakan bagi pendaftaran Program eMADANI mestilah merupakan warga Malaysia berusia 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








