BERITA SEMASA

Mesyuarat SPR berkenaan urusan PRN Negeri Sembilan 12 Jun ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat 12 Jun ini bagi membincangkan urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat yang bersekali dengan Mesyuarat Khas PRN Johor ke-16 itu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15, Jumaat lepas.

Katanya, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Ramlan Harun yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRN Negeri Sembilan.

“Antaranya tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khairul Shahril turut memberitahu, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat khas itu.

DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi dibubarkan secara rasmi Jumaat lepas bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button