Zahid Hamidi arah BN jawab isu tular dalam tempoh tiga jam
KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) diarahkan untuk memberikan respons terhadap sebarang isu tular di media sosial, khususnya yang membabitkan persepsi negatif terhadap parti, dalam tempoh tiga jam.
Pengerusinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, persepsi negatif terhadap parti itu harus segera ditangani agar tidak dipercayai oleh orang ramai, kerana ia boleh menjejaskan imej dan kedudukan parti.
“Kita kalah pada 2018 apatah lagi pada 2022 kerana pada hemat saya persepsi yang dilemparkan kepada kita itu terlalu berat dan kita tidak menangani persepsi itu dalam tempoh yang dekat.
“Media sosial mesti digunakan sebagai asas utama dan sebarang isu terutamanya persepsi negatif mesti dijawab dalam tempoh tiga jam, kita (sebelum ini) menjawab selepas tiga hari, kadang-kadang lepas 30 hari, ini telah terlekat di minda rakyat walaupun adakalanya tidak betul (persepsi),” katanya.
Baca juga : BN perlu perkukuh jentera moden, bangunkan naratif baharu menjelang PRU-16
Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada program Better Nation BN Forum keempat bertajuk ‘Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura, Australia’ di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Better Nation Forum Siri Empat: Apa yang boleh kita pelajari dari PRU Kanada, Singapura dan Australia’ di sini hari ini.
Forum bertajuk `Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura dan Australia’ itu dikendalikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Forum itu membariskan lima panelis iaitu Felo Kanan Iseas Singapura, Dr. Norshahril Saat; Timbalan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani dan Pengarah Projek Kajian Pembaharuan Pilihan Raya, Madani Research Centre, Amerul Muner Mohamad.
Turut menjadi ahli panelis ialah Profesor Kolej Rockfeller State University of New York (Suny), Profesor Dr Meredith Weiss dan Pengarah Institut Malaysia, Australia National University, Profesor Madya Dr Ross Tapsell.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








