PRN Negeri Sembilan: BERSATU umum bertanding 24 kerusi, guna logo sendiri
NILAI – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan akan bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 dengan menggunakan logo parti sendiri.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan menggunakan lambang BERSATU itu mencipta sejarah baharu buat parti berkenaan sejak ditubuhkan kira-kira sedekad lalu.
Menurut beliau, PRN Negeri Sembilan menjadi medan pertama buat BERSATU bertanding menggunakan identiti parti sendiri, sekali gus melambangkan kematangan dan kekuatan parti dalam landskap politik negara.
“Ini merupakan detik bersejarah bagi BERSATU. Selepas 10 tahun ditubuhkan, inilah kali pertama kita bertanding dalam PRN Negeri Sembilan menggunakan logo BERSATU.
“Kita sudah sampai ke tahap kematangan yang boleh dibanggakan. Sebagai sebuah parti, pencapaian ini tidak pernah kita duga dan hari ini BERSATU diiktiraf sebagai sebuah parti yang amat berpengaruh dalam politik negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengumuman Calon Bersatu bagi PRN Negeri Sembilan di Nilai, hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








