BERITA SEMASA

ARMADA BERSATU gesa semua ahli ambil iktibar, hormati keputusan Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR — ARMADA BERSATU menggesa semua ahli parti itu untuk menghormati keputusan Lembaga Disiplin dan terus memelihara disiplin serta kesetiaan terhadap perjuangan parti.

Ketua Penerangan ARMADA BERSATU, Harris Idaham Rashid berkata, keputusan tegas yang diambil oleh Lembaga Disiplin membuktikan parti itu tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pimpinan atau ahli yang melanggar Perlembagaan serta tatakelakuan parti.

Menurut beliau, tindakan tersebut merupakan bukti jelas bahawa BERSATU komited dalam memastikan integriti dan disiplin dalaman parti sentiasa terpelihara.

“Semua kepimpinan dan ahli BERSATU khususnya ARMADA wajib mengambil iktibar daripada peristiwa ini dengan memelihara disiplin, tatakelakuan dan tertib sebagai ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang usaha yang boleh menggugat kestabilan parti disifatkan sebagai satu bentuk pengkhianatan terhadap wadah perjuangan yang telah dibina.

Dalam masa sama katanya, ARMADA menyatakan pendirian untuk terus berdiri teguh bersama kepimpinan parti dalam usaha memperkukuh dan memantapkan organisasi, khususnya bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Terdahulu Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada parti BERSATU berkuat kuasa hari ini.

Turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Grik, Fathul Huzir.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button