PN yakin tawan kembali Putrajaya pada PRU16
SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan kembali Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keyakinan itu berdasarkan kepuayaan PN sebelum ini dalam mentadbir negara.
“Insya Allah kita akan kembali ke Putrajaya tidak lama lagi. Kita pernah memimpin negara, pertama kali bersama Tun Dr Mahathir Mohamad dan kemudian di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kepimpinan terdahulu membuktikan BERSATU dan PN mampu memerintah dengan lebih baik berbanding kerajaan hari ini,” katanya.
BACA JUGA:
Ahli BERSATU diingatkan tidak terperangkap dalam ketidakpastian
Hamzah berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan agung tahunan sayap BERSATU, di sini hari ini.
Beliau menegaskan, PRU16 merupakan episod paling penting untuk menentukan masa depan generasi muda di negara ini supaya tidak menjadi “pelarian di bumi sendiri”.
“Ini bukan sekadar perebutan kuasa, sebaliknya penentu nasib generasi masa hadapan.
“Pilihan raya akan datang adalah episod paling penting, bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk menentukan masa depan anak-anak dan cucu-cucu kita agar tidak menjadi pelarian di bumi sendiri. Inilah perjuangan kita,” katanya.
Beliau kemudiannya turut meminta semua sayap parti agar bersiap siaga dari segi tenaga, masa dan kewangan bagi memastikan perjuangan PN mencapai kejayaan dalam PRU16 nanti.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








