POLITIK

‘Biar diaorang bergaduh dulu’

JOHOR BAHRU – “Biar diaorang bergaduh dulu.”

Demikian kata-kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai pemecatan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, kelmarin.

Beliau juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai keperluan pelantikan jawatan Ketua Pembangkang baharu selepas Hamzah yang memegang jawatan itu dipecat keahliannya.

Terdahulu, Anwar hadir pada Majlis Perjumpaan Presiden bersama PKR Negeri Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha MPN PKR Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Kelmarin, Hamzah adalah antara 17 pemimpin BERSATU yang dipecat daripada parti, kelmarin susulan kemelut kepimpinan antara beliau dan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Hamzah, 16 pemimpin lagi yang dipecat termasuk tiga Ahli Parlimen iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button