BERITA SEMASA

CelcomDigi sedia kit persediaan banjir

PETALING JAYA – CelcomDigi Berhad menyediakan Kit Persediaan Banjir bagi membantu orang ramai membuat persiapan awal menghadapi musim tengkujuh dan bantuan kecemasan di kawasan berisiko banjir.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi kerjasama dengan Agensi Bantuan Malaysia (MRA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), dengan tumpuan memastikan masyarakat kekal berhubung serta bantuan dapat disalurkan dengan pantas ketika bencana.

CelcomDigi berkata, inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 3,400 isi rumah, dengan keupayaan menyediakan bantuan di lapangan kepada kira-kira 42,000 orang di enam negeri berisiko banjir iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Sabah.

Menurutnya, Kit Persediaan Banjir itu menyediakan panduan praktikal dan maklumat penting bagi membantu penduduk menghadapi kecemasan berkaitan banjir dengan lebih teratur.

celcomdigi
CelcomDigi

“Bagi menyokong operasi bantuan, CelcomDigi turut menyediakan kenderaan pacuan empat roda, bot penyelamat, stesen pengecasan mudah alih, pam air, pam jet dan penjana elektrik kepada MRA, selain sokongan sukarelawan.

“Sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan berisiko tinggi juga akan dilengkapi unit capaian tanpa wayar tetap (FWA) bagi membantu mangsa banjir kekal berhubung dan mendapatkan maklumat penting sepanjang tempoh kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, CelcomDigi meningkatkan kedudukan struktur rangkaian utama di kawasan berisiko banjir bagi melindungi peralatan radio dan elektronik daripada kerosakan akibat air.

Pasukan operasi rangkaian turut bersiap siaga sepanjang masa bagi menggerakkan penjana elektrik dan sumber lain ke lokasi terjejas bagi meminimumkan gangguan perkhidmatan komunikasi.

CelcomDigi juga bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyampaikan maklumat tepat pada masanya kepada penduduk di kawasan berisiko tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button