BERITA SEMASAPMX

PM adakan pertemuan dengan pelabur terkemuka

Teroka peluang pelaburan strategik

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa pelabur terkemuka bagi meneroka peluang pelaburan strategik merentas sektor ekonomi utama.

Antara yang hadir dalam pertemuan di Putra Perdana itu termasuk pengasas bersama laman Facebook, Eduardo Saverin; Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital, Raj Ganguly; Pengasas WM Partners, Alejandro Weinstein dan Pengasas European Venture Funds, Peter Kadas.

“Perjumpaan yang pertama seumpama ini membuka peluang untuk berkongsi pandangan serta meneroka kerjasama untuk mencapai matlamat ekonomi negara.

“Perbincangan turut menyentuh memberi soal peluang bagi meneroka pelaburan dalam sektor utama seperti teknologi dan inovasi, tenaga yang boleh diperbaharui, pembangunan infrastruktur, pelancongan serta hospitaliti, dan pembuatan,” kata Anwar dalam satu ciapan di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Beliau menambah, pertemuan itu merupakan satu usaha kerajaan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mendukung visi yang terkandung dalam Ekonomi MADANI.

“Kehadiran mereka bukan sahaja mempamerkan keyakinan terhadap Kerajaan Perpaduan dan prospek ekonomi negara, malah ia membuktikan Malaysia mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelaburan antarabangsa,” kata Anwar lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button