BERITA SEMASA

‘Peguam kotak pensil’ dimasukkan ke ICU akibat serangan jantung

KUALA LUMPUR – ‘Peguam kotak pensil’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan jantung semalam.

Perkara itu disahkan isterinya, Datin Raja Adzfa Wati Raja Adzman menerusi siaran langsung di akaun TikTok peguam berkenaan, hari ini.

“Ya, Datuk kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan serangan jantung,” memetik laporan BH online.

Dalam siaran langsung itu, Ahmad Zaharil kelihatan terlantar di katil hospital namun berada dalam keadaan stabil dan cuba menjawab soalan yang diajukan pengikutnya.

Isterinya menerusi akaun TikTok ‘Kak Engku Effa’ turut berkongsi hantaran berserta foto suaminya di hospital malam tadi dengan memohon doa daripada orang ramai.

“Kepada sahabat maya saya, tolong doakan suami saya (Tok Mat) sembuh seperti sedia kala.. heart attack (serangan jantung),” katanya lagi.

Hantaran tersebut menerima lebih 5,000 komen daripada pengguna TikTok yang mendoakan kesihatan dan kesembuhan Ahmad Zaharil.

Ahmad Zaharil pernah mendapat perhatian umum selepas membela seorang wanita yang didakwa mencuri kotak pensil sehingga digelar ‘Peguam Kotak Pensil’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button