BERITA SEMASA
Rani Kulup dipindahkan ke ICU, masih dalam keadaan kritikal – anak
KUALA LUMPUR – Aktivis, Abdul Rani Kulup Abdullah masih lagi berada dalam keadaan kritikal meskipun telah dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU).
Menurut anaknya, Mostaqim Abdul Rani, ayahnya kini berada dalam pemantauan rapi pasukan perubatan.
“Ayah dah pindah ke wad ICU dah, tapi masih kritikal lagi tu dalam pantau lagi,” katanya.
Semalam Abdul Rani, 70, yang turut dikenali sebagai Ayahanda Rani Kulup atau Raja Report Malaysia dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) setelah disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.
Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan petang tadi sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







