JENAYAH & MAHKAMAH

PDRM keluarkan 87 saman sepanjang program RXZ Member Ride 3.0 di Melaka

MELAKA – Sebanyak 87 saman dikeluarkan sepanjang program RXZ Member Ride 3.0 yang berlangsung di negeri ini, dengan kesalahan paling tinggi membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, sebanyak 14 saman dikeluarkan kerana LKM tamat tempoh, manakala 13 saman membabitkan penunggang yang tidak memiliki lesen sah.

“Sebanyak 11 saman lagi dikeluarkan kerana tidak menampal pelekat cukai jalan, dan sembilan saman terhadap penunggang yang gagal memiliki perlindungan insurans sah.

“Manakala 10 saman pula atas kesalahan penggunaan aksesori tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam operasi itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesan lima motosikal tanpa nombor pendaftaran dan empat kes ubah suai ekzos yang tidak mematuhi spesifikasi.

Related Articles

Selain itu, beliau berkata, lima saman dikeluarkan kerana gagal memakai topi keledar, dan enam kes membabitkan motosikal tanpa cermin sisi.

“Kesalahan lain termasuk nombor pendaftaran tidak sah, lampu brek rosak, tidak mematuhi arahan pihak berkuasa, serta gagal berhenti apabila diarahkan.

“Bagaimanapun, tiada kenderaan disita atau tangkapan dibuat, dan tiada kemalangan maut atau parah dilaporkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button