BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Nik Ezanie dilantik JPJKK Kedah

ALOR SETAR – Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Nik Ezanie Mohd Faisal dilantik sebagai Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Asisten Komisioner S Markandan yang memangku jawatan itu sebelum ini, lapor BH Online.

Majlis terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Nik Ezanie sebelum ini menggalas tugas sebagai Penolong Pengarah E8, Bukit Aman.

Dalam pada itu, Fisol dalam ucapannya turut mengingatkan semua pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah supaya berkerja dengan lebih amanah, berganding bahu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.

Selain itu, beliau berharap semua pihak dapat bersatu tenaga tidak kira walau daripada jabatan mana sekalipun untuk menyelesaikan apa jua kes yang berlaku sehingga berjaya bagi mengembalikan keyakinan masyarakat dan meningkatkan imej PDRM.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button