BERITA SEMASA

Remaja mati lemas selepas dihanyutkan arus deras

SEPANG – Seorang remaja mati lemas di sungai Kampung Pulau Meranti di sini semalam, setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa merupakan remaja lelaki berumur 14 tahun.

“Siasatan mendapati, mangsa yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Putra Perdana dipercayai mandi bersama beberapa rakannya kira-kira jam 3.30 petang.

“Bagaimanapun arus deras kemudiannya menghanyutkan mangsa sebelum mayatnya ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Jasad mangsa ditemuka di dasar sungai berkedalaman kira-kira tiga meter oleh anggota bomba yang menjalankan usaha pencarian.

“Jasad mangsa ditemukan pada pukul 6.38 petang dan kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button