JENAYAH & MAHKAMAH
Dua maut dirempuh lori ketika sekatan di Putrajaya
PUTRAJAYA – Dua maut manakala tujuh lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori yang gagal berhenti ketika anggota polis pengiring melakukan sekatan laluan di Persiaran Utara, di sini pagi ini.
Berdasarkan rakaman video di lokasi kejadian yang tular pagi ini, beberapa buah kenderaan termasuk motosikal dirempuh dari belakang ketika berhenti memberi laluan kepada pihak berkuasa.
Rakaman video juga menunjukkan salah seorang motosikal anggota polis pengiring terlibat rempuhan lori berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian dikesan berlaku kira-kira 10.20 pagi tadi di Persiaran Utara menghala ke Presint 12.
Kemalangan melibatkan sebuah lori, dua buah kereta dan dua buah motosikal.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








