15 anggota tentera cedera, trak ATM rempuh plaza tol SUKE
KUALA LUMPUR – Seramai 15 anggota tentera cedera selepas trak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Bukit Teratai, Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE), petang semalam.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang ketika trak berkenaan dalam perjalanan dari Kem Sungai Besi menuju ke Kuala Kubu Bharu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu hilang kawalan sebelum merempuh kawasan plaza tol, dipercayai akibat kegagalan sistem brek.
“Kesemua anggota yang berada di bahagian belakang trak mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM5,000 hingga RM10,000 atau penjara sehingga 12 bulan jika sabit kesalahan.
Tambahnya, bagi kesalahan berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman lebih berat termasuk denda sehingga RM15,000 serta penjara tidak melebihi tempoh sama.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








