Tekong Kelantan Warriors parah, dua maut dalam kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS
BUTTERWORTH – Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori dan dua motosikal di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Lotus’s Seberang Jaya arah utara, awal pagi tadi.
Mangsa yang cedera parah dikenali sebagai Ikhwan Syafiq atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tenggek’, seorang tekong pasukan sepak takraw Kelantan Warriors.
Beliau dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas motosikal yang ditungganginya turut terbabit dalam kemalangan tersebut.
Menurut hantaran di laman Facebook Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP), kemalangan berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai dirempuh dari belakang oleh sebuah lori.
“Kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS dekat Lotus Seberang Jaya hala utara awal pagi ini mengakibatkan dua lelaki maut manakala Tenggek cedera parah,” menurut hantaran itu.

Kedua-dua mangsa yang maut dilaporkan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Setakat ini, identiti mangsa yang terkorban belum didedahkan pihak berkuasa, manakala keadaan Ikhwan Syafiq sedang mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
GASTEP turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar Ikhwan Syafiq segera sembuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








