BERITA SEMASA

Warga emas maut motosikal bergesel di Jalan Parit Asam Kumbang Darat

PONTIAN — Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Kampung Parit Asam Kumbang Darat, Benut, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kemalangan itu membabitkan mangsa Masran Mohd. Idar, 65, dan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6.45 petang apabila kedua-dua motosikal yang datang dari arah sama bergesel, menyebabkan kedua-dua penunggang terjatuh ke atas jalan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Benut pada pukul 7.30 malam.

Pelajar terbabit pula hanya mengalami kecederaan ringan di muka, tangan dan telah dihantar ke Hospital Pontian untuk menerima rawatan lanjut.

Related Articles

Mohammad Shofee berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku selepas motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang mangsa bergesel dengan motosikal jenis Yamaha Ego Gear yang ditunggang pelajar berkenaan.

Kes disiasat mengikut prosedur kemalangan jalan raya melibatkan kematian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button