Nahas lori di timur Afghanistan ragut 20 nyawa, 33 cedera
JALALABAD – Seramai 20 orang dilaporkan maut, termasuk 12 kanak-kanak, apabila sebuah lori yang dinaiki mereka terbabas lalu terbalik di timur negara ini.
Jurucakap Gabenor Wilayah Laghman, Abdul Malik Niazai, berkata, mangsa yang terkorban terdiri daripada 12 kanak-kanak, lima wanita dan tiga lelaki, lapor AFP.
“Nahas tersebut turut menyebabkan 33 individu lain cedera ketika lori berkenaan yang membawa beberapa keluarga warga Afghanistan dalam perjalanan pulang selepas menetap di Pakistan,” katanya.
Kemalangan berlaku di jalan yang menghubungkan Jalalabad di timur Afghanistan dengan ibu negara Kabul.
Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, menerusi hantaran di platform X berkata, pihaknya amat berduka cita dengan tragedi berkenaan dan mendoakan kesembuhan segera semua mangsa yang cedera.
Nahas jalan raya sering berlaku di Afghanistan akibat keadaan jalan yang buruk selepas berdekad konflik, selain faktor pemanduan berbahaya serta kekurangan penguatkuasaan peraturan.
Pakistan sebelum ini mengambil pendekatan lebih tegas terhadap pendatang serta pelarian Afghanistan di negara itu, sekali gus menyebabkan ramai keluarga pulang ke Afghanistan dengan menaiki lori bersama barangan mereka.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








