BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Warden MRSM bekas tentera maut kemalangan

TAMPIN – Seorang warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Serting maut apabila motosikal yang ditunggang terbabit nahas di Kilometer 0.2, Jalan Jelai Tambahan berhampiran Restoran Terapung, di sini, 7 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, kemalangan membabitkan sebuah lori jenis Isuzu dipandu seorang lelaki berusia 57 tahun dengan sebuah motosikal VOG yang ditunggang mangsa berusia 55 tahun.

“Hasil siasatan mendapati pemandu lori dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Jelai untuk menghantar simen, manakala mangsa dari tempat kerjanya MRSM Serting menghala ke rumahnya di Bukit Gambir, Muar.

“Sampai di lokasi kejadian, dipercayai mangsa yang juga bekas tentera telah hilang kawalan lalu terbabas masuk ke laluan bertentangan. Pada masa sama, pemandu lori telah cuba mengelak ke kiri, tetapi berlanggar dan menyeret mangsa bersama motosikalnya sebelum melanggar tiang elektrik di bahu jalan sebelah kiri,” katanya memetik laporan Kosmo!

Beliau berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button