JENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu lori tular bukan mabuk, dipercayai terlelap ketika memandu

KUALA LUMPUR – Kejadian sebuah lori merempuh gerai makanan di Jalan Batu 12, Cheras, di sini semalam dipercayai kerana pemandunya terlelap dan bukan disebabkan mabuk.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati lelaki tempatan berusia 37 tahun itu hilang kawalan selepas dipercayai terlelap ketika lori berkenaan dalam perjalanan menghala ke Cheras kira-kira pukul 6.30 petang.

“Akibat kejadian itu, lori mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan, manakala kedai makan berkenaan mengalami kerosakan pada payung perniagaan serta kelengkapan dapur.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Naazron, polis turut mengesan rakaman kejadian yang tular di media sosial kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Rakaman berkenaan memaparkan lori terbabit bergerak di jalan raya selepas kejadian, manakala hantaran yang disertakan mendakwa pemandunya mabuk dan enggan berhenti.

“Kes disiasat mengikut Kaedah 10 LN 166/59,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saifudin Saadun di talian 011-2111 9379 bagi membantu siasatan.

Naazron pada masa sama menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi peraturan lalu lintas dan berhati-hati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button