BERITA SEMASA

‘Awang Kolam’ sudah ditangkap, akan dipindah ke lokasi selamat -Perhilitan

KUALA TERENGGANU – Gajah jantan yang tular selepas berkeliaran di Kampung Kolam, Ajil, Hulu Terengganu, berjaya ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Tan Choon Yung berkata, pihaknya kini membuat persiapan untuk memindahkan gajah berkenaan dari lokasi tangkapan.

Menurutnya, operasi tangkapan dilakukan selepas Perhilitan Hulu Terengganu menerima aduan mengenai kehadiran gajah liar itu pada 10 September lalu.

Katanya, seramai enam kakitangan Perhilitan Hulu Terengganu terlibat dalam operasi berkenaan sebelum berjaya menangkap gajah jantan dengan ukuran tapak kaki kira-kira 15 inci.

“Gajah itu selesai diikat dan ditambat kira-kira jam 5.30 petang hari sama,” katanya seperti dipetik Buletin TV3.

Dennis berkata, pemerhatian awal mendapati gajah terbabit berada dalam keadaan stabil dan sihat.

Katanya, tangkapan itu turut membantu mengurangkan kebimbangan penduduk berhubung aspek keselamatan susulan kehadiran haiwan berkenaan di kampung serta kawasan sekitarnya.

“Pemantauan berterusan akan dilakukan di lokasi gajah itu ditambat sehingga operasi pemindahan dapat dilaksanakan,” katanya.

Sebelum ini, kemunculan gajah berkenaan menjadi perhatian selepas beberapa perkongsian orang ramai mengenai haiwan itu tular di media sosial, malah ada yang menamakannya sebagai ‘Awang Kolam’ kerana dipercayai sesat dan berkeliaran di kawasan kampung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button