JENAYAH & MAHKAMAH

Isu pengambilalihan Menara KL, SPRM buka kertas siasatan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) difahamkan sudah membuka kertas siasatan berkenaan isu pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Laporan portal Sinar Harian yang memetik sumber sebagai berkata, siasatan berkenaan perkara itu sudah dijalankan.

“Ya, kertas siasatan mengenai pengambilalihan pengurusan Menara KL telah dibuka dan siasatan telah dijalankan,” kata laporan tersebut, hari ini.

Sumber tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan.

Difahamkan, kes tersebut masih di peringkat awal siasatan sebelum tindakan lanjut dilaksanakan SPRM.

Sebelum ini, isu pengambilalihan pengurusan Menara KL menjadi tular di media sosial apabila orang ramai mempersoalkan keputusan Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) memindahkan pemilikan penuh mereka kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd pada Oktober lalu.

Satu akaun Twitter dikenali sebagai @FreeMsian mendakwa, Menara KL yang menjana pendapatan RM66 juta pada 2019 dengan untung bersih RM25 juta itu sebagai ‘cash cow’ dan pemindahan saham itu tidak dihebahkan kepada umum.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut mengesahkan sudah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada kementerian pada 14 Disember lalu dan akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada TM pada 3 Januari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button