Polis siasat perlumbaan basikal lajak di Damansara Damai esok
PETALING JAYA – Polis sedang menyiasat penganjuran perlumbaan basikal lajak yang dijadualkan berlangsung di Damansara Damai di sini esok selepas satu video promosi perlumbaan tersebut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 29 saat yang memaparkan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak di jalan raya bersama maklumat mengenai perlumbaan yang bakal diadakan esok.
“Berikutan penemuan video tersebut, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan lanjut telah dibuka mengikut Seksyen 81 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana mengadakan pertandingan membabitkan kenderaan tanpa kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrulnizam menambah, pihak polis kini mengesan pihak penganjur untuk tindakan lanjut.
Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran perlumbaan tersebut supaya menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







