BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut dipercayai dibunuh adik, lima lelaki direman

GOMBAK – Pertengkaran adik beradik bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut dipercayai dibunuh adiknya di Jalan 40C, Selayang Baru, Batu Caves, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerima laporan daripada seorang wanita berusia 36 tahun, yang memaklumkan suaminya bergaduh dengan adik lelaki.

Beliau berkata, mangsa parah dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.32 petang hari sama.

“Susulan kejadian itu, polis menahan lima lelaki berusia antara 22 hingga 43 tahun.

“Seramai 13 lagi suspek masih dikesan. Suspek yang ditahan direman lima hari bermula Rabu lalu bagi membantu siasatan,” katanya dalam semalam.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan jenayah IPD Gombak, Asisten Superintendan Mazlan Ali di talian 013-2734070 atau bilik gerakan IPD Gombak di talian 03-61262222.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button