LUAR NEGARA

UK digemparkan dengan insiden tikaman rambang di kereta api

CAMBRIDGESHIRE – Sekurang-kurangnya sembilan individu cedera dalam insiden tikaman rambang di kereta api penumpang London-North Eastern Railway (LNER) berhampiran stesen Huntingdon sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan).

Laporan BBC News yang memetik sumber pihak berkuasa berkata, Polis Pengangkutan British (BTP) yang tiba di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.39 malam berjaya memberkas dua suspek.

Pada awal pagi Ahad (waktu Malaysia), tular di media sosial mengenai kejadian membimbangkan itu apabila netizen di seluruh United Kingdom (UK) berkongsi video memaparkan polis mengepung stesen kereta api Huntingdon.

Laman sesawang LNER turut mengesahkan bahawa pihaknya sedang mengendalikan perkhidmatan tren sebaik mungkin susulan kejadian antara hentian Stevenage dan Peterborough itu.

Katanya, kesemua laluan ditutup sementara buat masa ini sementara pihak polis meneruskan siasatan dan pencarian.

“Tren yang bergerak melalui stesen ini mungkin mengalami kelewatan sekitar satu jam.

“Gangguan berskala besar dijangka berlaku sehingga lewat malam ini,” kata LNER selaku pengendali sistem.

Sementara itu, jurucakap bagi pasukan ambulan di Timur England turut mengesahkan semua mangsa tikaman telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan susulan.

Pasukan penjagaan kesihatan kritikal seperti Ambulans Udara East Anglian serta Ambulans Udara Essex dan Herts dihantar ke stesen berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button